i-Suri KWSP – Bantuan Suri Rumah RM480 Setiap Tahun

Seperti yang kita tahu, suri rumah adalah ibu yang tidak bekerja diluar tetapi bekerja di dalam rumah untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga, mereka tidak mempunyai sumber pendapatan tetap. Perbelanjaan isi rumah dipenuhi daripada pendapatan suami yang pergi bekerja.
Itulah sebabnya kerajaan, dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mewujudkan bantuan yang dikenali Bantuan i-Suri KWSP yang bertujuan untuk membantu suri rumah turut menabung demi masa hadapan.
Pelbagai manfaat yang mereka terima melalui program i-Suri KWSP ini. Antaranya, mereka boleh menyimpan dan juga menikmati dividen tahunan yang berbeza. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut.
APA ITU i-Suri KWSP ?
Menurut laman sesawang rasmi KWSP, i-Suri adalah produk KWSP yang dilancarkan selaras dengan manifesto kerajaan untuk mewujudkan caruman KWSP untuk suri rumah.
Program i-Suri KWSP juga membantu wanita yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Mendaftar dengan i-Suri KWSP menawarkan banyak kelebihan. Namun tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
MANFAAT i-Suri KWSP

- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
- Menerima dividen setiap tahun
- Bantuan Kematian sebanyak RM 2,500.
SYARAT KELAYAKAN i-Suri KWSP
Beberapa syarat telah ditetapkan untuk anda memohon program ini . Sekiranya syarat tidak mencukupi, kemungkinan permintaan anda tidak akan diluluskan. Antara syarat yang ditetapkan adalah ;
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada ketua isi rumah (KIR) / Wanita (KIR).
Tambahan : Suri rumah hanya boleh memilih 1 insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan program Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP ini.
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM ?
- Diri Sendiri (Isteri / Suri Rumah)
- Suami kepada pasangan yang layak.
CARA MEMOHON i-Suri KWSP
Anda boleh mendaftar dimana-mana kaunter KWSP yang terdekat sekiranya anda layak untuk memohon.
Sila bawa dokumen berikut ;
- Kad Pengenalan (MyKad)
- Borang :
- i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama)
- i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
HAD BAYARAN
Had minimum dan maksimum bayaran sekiranya anda mendaftar dalam i-Suri ini.
- Minimum (RM sahaja) : Tiada Had
- Maksimum (RM sahaja) : RM60,000 setahun untuk semua caruman sukarela (Caruman pilihan sendiri , i-Saraan , i-Suri , Caruman Simpana Tambahan- berkuat kuasa pada Januari 2013)
MANFAAT CARUMAN SUKARELA
- Dapat Dividen Setiap Tahun
- Dapat Bantuan Hilang Upaya
- Dapat Bantuan Kematian
- Pengeluaran Simpanan
- Insentif Kerajaan
Tambahan : Jika anda adalah ahli KWSP. Anda akan menikmati dividen tahunan, dan layak untuk bantua hilang upaya , bantuan kematian , pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun.

SALURAN PEMBAYARAN CARUMAN
- Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank , PB , RHB Bank , Bank Muamalat , CIMB Bank
- Kaunter EJen Bank : Tunai / Cek seperti di BSN , Maybank , PB , dan RHB Bank
- Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
- Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / Cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
MAKLUMAT LANJUT
Berkenaan i-Suri KWSP
- Untuk maklumat lanjut mengenai i-Suri KWSP anda boleh layari laman sesawang kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan : 03-8922 6000.
Berkenaan Kelayakan i-Suri KWSP
- Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan insentif, sila layari laman sesawang kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : 03-8000 8000.