Bantuan KerajaanJKM

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM Maksimum RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-Kanak.
Rakyat Malaysia khususnya sedia maklum, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan khas dalam menyediakan perkhidmatan seperti pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan negara.

Sesuai dengan visi utamanya ‘Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat”, pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan dalam menyantuni keperluan, kehendak bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.

Antara bantuan yang sering menjadi perhatian adalah bantuan untuk Warga Emas dan Bantuan Kanak-kanak. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai anak jagaan berumur 18 tahun kebawah, anda di alu-alukan untuk memohon Bantuan Kanak-kanak (BKK). Sekiranya layak, bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan.

Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini bertujuan bagi membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat.

Dengan bantuan seperti ini, pihak JKM berharap ianya dapat membantu bagi memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK

Untuk makluman para penjaga, ketika pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sehingga maksimum RM1,000 (seisi keluarga) dimana setiap kanak-kanak yang layak akan menerima :

  • RM200.00 sebulan (6 tahun kebawah)
  • RM150.00 sebulan (7 tahun hingga 18 tahun)
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000 / keluarga sebulan
Baca Juga :  4 Kategori Yang Dibenarkan Membuat Pengeluaran Wang KWSP

KRITERIA KELAYAKAN

Beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan dalam memohon Bantuan Kanak-Kanak ini, antaranya adalah :

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MOHON BKK

Untuk sebarang permohonan, terdapat dua kaedah iaitu melalui :

1. Secara Dalam Talian

Untuk permohonan secara dalam talian, pemohon boleh melayari web rasmi BKK JKM iaitu :

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my

Sila lengkapkan segala maklumat yang diperlukan agar proses permohonan anda berjalan lancar.

2. Secara Manual

Setiap permohonan bantuan kewangan boleh dilakukan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara yang berhampiran lokasi anda.

Pemohon hendaklah mengisi borang dengan lengkap dan tetap. Untuk muat turun borang permohonan sila klik pautan di bawah :

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan :

  1. Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen penting yang berkaitan

Nota : Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Baca Juga :  Bantuan BINGKAS RM300 Untuk B40

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung di :

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
    Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Bantuan Kanak-Kanak JKM (BKK)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button