JKMBantuan Kerajaan

BKK 2023 : Bantuan Kanak-Kanak RM200 Sehingga RM1000 Sebulan – Semak Sekarang!

Bantuan kanak-kanak khas untuk kanak-kanak yang layak di Malaysia. Ibu bapa yang kini mempunyai anak dalam jagaan mereka boleh memohon bantuan kewangan khas untuk anak-anak anda.

Untuk makluman, sekiranya anak-anak tersebut layak, mereka akan menerima bantuan kewangan minimum RM200 hingga RM1000 setiap keluarga.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN KANAK-KANAK

Bantuan kanak-kanak ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ianya adalah bertujuan untuk :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BAYARAN BKK

Jika kanak-kanak tersebut berkelayakan, mereka akan menerima bayaran secara bulan sebanyak :

  • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
    • RM200 seorang anak  berumur 6 tahun & ke bawah
    • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
    • Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.

Baca Juga :  Bantuan BKK Sebanyak RM200 - RM1000 Sebulan Tahun 2023

CARA MEMOHON

Permohonan Bantuan Kanak-kanak ini boleh dilakukan dengan dua kaedah samada dalam talian ataupun secara manual.

Kaedah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu : 
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah  isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Kaedah 2 (Manual – Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

DOKUMEN PENTING

Setiap permohonan, anda dikehendaki menyertakan sekali :

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat atau boleh ke laman rasmi https://www.jkm.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button