Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Peniaga Sebanyak RM5000 – Semak Kelayakan!

Khas untuk anda yang ingin memulakan perniagaan baru.
Untuk makluman, terdapat satu bantuan yang boleh anda dapatkan sekiranya ingin memulakan perniagaan.

Sekiranya anda berkelayakan, anda akan menerima bantuan pembiayaan perniagaan sebanyak RM5000 menerusi skim yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu NADI.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti perkongsian dibawah.

PROGRAM SKIM NIAGA DARUL IHSAN

Skim Niaga Darul Ihsan (NaDi) menawarkan pembiayaan berbentuk kewangan sehingga RM5000 dikhususkan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan bagi usahawan yang tidak memiliki dokumen lesen perniagaab untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

JUMLAH BAYARAN

Sekiranya anda layak, anda akan menerima pembiayaan berbentuk kewangan sehingga :

  • RM5000

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat Selangor / bermastautin sehingga 5 tahun
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Peminjam terdiri daripada wanita mewakili isi rumah
  • Perlaksanaan dalam bentuk kumpulan ( 3 orang berkumpulan)
  • Bersetuju menubuhkan kumpulan

SYARAT PEMBIAYAAN

Beriktu adalah syarat pembiayaan yang telah ditetapkan :

  • Had pembiayaan RM1000 sehingga RM5000
  • Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
  • Caj perkhidmatan 8 peratus setahun
  • Bayaran balik secara mingguan

DOKUMEN PERMOHONAN

Sila lengkapkan dokumen yang diperlukan seperti dibawah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon)

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan skim bantuan NaDI ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Panduan permohonan seperti dibawah :

  • Langkah pertama, sila layari portal rasmi Hijrah Selangor iaitu http://mikrokredit.selangor.gov.my/
  • Tekan bahagian ‘Create an Account’
  • Kemudian sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan dan tekan ‘Submit’
  • Seterusnya anda perlu lengkapakan maklumat permohonan yang diperlukan sehingga selesai.
Baca Juga :  i-Suri KWSP - Bantuan Suri Rumah RM480 Setiap Tahun

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat lanjut, sila berhubung melalui talian khas pihak Hijrah Selangor di talian 03-5519 1692

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *