BKM TAMBAHAN Sehingga RM500 Akan Di Berikan Kepada Kategori Ini – Semak Sekarang!

BKM Tambahan merupakan bayaran tambahan sehingga RM500 kepada individu yang layak melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Minggu lalu, Perdana Menteri umumkan dimana bayaran BKM Fasa 4 akan diawalkan dimana ianya akan bermula 15 November iaitu hari ini. Untuk makluman, BKM yang diberikan bulan ini merupakan bayaran kali terakhir kerana fasa 1 hingga fasa 3 telahpun dilaksanakan sebelum ini.
Namun, bagaimana pula mengenai bayaran BKM TAMBAHAN? Bilakah ianya akan mula dilaksanakan?
Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai tarikh bayaran BKM Tambahan. Ikuti perkongsian dibawah.
KADAR BAYARAN BKM FASA 4
Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
JOIN TELEGRAMTELEGRAM RUJUKAN MALAYSIA
KADAR BKM TAMBAHAN
Untuk makluman, bayaran tambahan BKM hanya akan diberikan kepada kategori berikut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunya anak menepati syarat.
Rujuk jadual dibawah untuk lebih jelas

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN
Semakan BKM Tambahan boleh dilakukan secara online dengan melayari laman rasmi BKM iaitu :
- Layari web rasmi BKM : https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘SEMAK’
- Sahkan kata kunci keselamatan dan klik ‘YA’ jika betul
- Sahkan kata laluan yang didaftarkan
- Klik semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN
Berikut adalah tarikh bayaran BKM Tambahan bagi penerima yang layak mengikut setiap fasa bayaran :
- Fasa 1 : 28 Mac 2022
- Fasa 2 : 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga Ogos 2022)
- Fasa 3 : September 2022
- Fasa 4 : 15 November 2022
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747.