Bantuan Kerajaan

Cara Memohon Bantuan Kewangan BINGKAS RM300 Setiap Bulan

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan di peringkat persekutuan atau negeri untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pada tahun 2022,sokongan kewangan yang dipanggil BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan. BINGKAS pada asasnya bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu isi rumah membeli barangan keperluan.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan BINGKAS ;

MANFAAT BINGKAS

  • Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan dalam bentuk e-Wallet bagi membeli keperluan asas.
  • e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ;

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 setiap bulan.

CARA MEMOHON

Bagi yang memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara online di portal rasmi BINGKAS.

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon ;

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon atau Pasangan)
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (Untuk Ibu/Bapa Tunggal)
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (Penjawat Awam / Pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (Untuk Pekerja Swasta)
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (Bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Maklumat lanjut mengenai bantuan BINGKAS dan mengenai permohonannya boleh diteliti : BINGKAS (Klik Sini).

Baca Juga :  Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM160 Sebulan - Semak Sekarang!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button