Cara Memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 Secara One-Off

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan, sama ada di peringkat negeri atau persekutuan untuk membantu mereka yang berhak menerimanya.
Salah satunya termasuk bantuan kewangan One-Off sebanyak RM250 di bawah insentif Khas Pasangan Khas (IKPP), yang boleh dimohon sepanjang tahun. Di bawah adalah maklumat mengenai bantuan ini
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif.
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang Kebenaran Luar Negeri (KBLN).
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang.pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Islam (Dimana tempat permohonan)
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Walau bagaimanapun, Bantuan ini tidak layak bagi ;
- Poligami.
- Nikah semula (Pasangan yang sama selepas tamat tempat iddah).
- Nikah tanpa kebenaran.
- Kedua pasangan bukan asal Pahang.
- Pendapatan lelaki melebihi RM5,000.
CARA MEMOHON
Sesiapa yang memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon IKPP dengan mengisi borang permohonan dengan lengkap dan disertakan bersama dokumen sokongan ;
- 2 Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan dan Belakang)
- 1 Salinan Catatan Akad Nikah Pemohon
- 2 Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam daerah di mana pendaftaran perkahwinan atau permohonan permit dibuat.
Maklumat lanjut mengenai IKPP, Sila rujuk di : e-Munakahat JAIP (Klik Di Sini)