Bantuan Kerajaan

Cara Terbaik Pindah Wang ASB Ke Bank Lain

Dikala ekonomi Malaysia sedang berunsur pulih. Merentas negeri juga telah dibenarkan untuk rakyat pada hari ini. Hal ini bermakna, tiada had dalam interaksi bisnes dan syarikat mahupun sekecil-kecil transaksi.

Walau bagaimanapun, segelintir rakyat sedang berusaha untk menstabilkan ekonomi secara individu. Mengeluarkan wang merupakan salah satu cara mereka manfaatkan agar dapat menampung beban kewangan bagi melansungkan hidup.

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE MELALUI PORTAL MyASB

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk mengeluarkan wang ASB online ;

  1. Daftar sebagai pengguna jika pertama kali menggunakan portal MyASB ini.
  2. Tekan daftar & isikan maklumat pengguna.
  3. Login seperti biasa setelah selesai daftar ( Masukkan ID & Kata Laluan )
  4. Klik pada menu ‘ PORTFOLIO ‘
  5. Klik pada butang ‘ TRANSAKSI ‘
  6. Pilih pada ‘ JUALAN BALIK ‘
  7. Baca dan fahamkan notis pengisytiharan
  8. Isikan jumlah wang (RM) yang anda ingin keluarkan
  9. Tandakan Setuju ( ) pada kotak pengesahan
  10. Tekan pada butang ‘ TERUSKAN ‘
  11. Klik ‘ PERMINTAAN TAC ‘ dan anda akan menerima mesej dengan nombor TAC
  12. Masukkan nombor TAC yang anda terima ke ruangan yang disediakan
  13. Pengesahan traksaksi yang berjaya akan dipaparkan pada skrin
  14. Jumlah wang yang anda tetapkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2 – 3 hari bekerja
  15. Selesai.

Anda perlu mengemaskini nombor telefon terlebih dahulu dimana-mana cawangan atau ejen ASB sebelum mendaftar serta bawa kad pengenalan bersama.

Terdapat langkah berserta gambar di bawah ;

1
2
3
4
5

HAD DAN KEKERAPAN PENGELUARAN ASB ONLINE

  • Had maksimum pengeluaran wang ialah RM1000 sahaja untuk sebulan.
  • Had minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 sahaja.
  • Transaksi hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja selama sebulan
  • Pengeluaran dibenarkan melalui dari akaun sendiri sahaja.
Baca Juga :  Bantuan Kewangan BMT Berjumlah RM800 Tahun 2023

Sebarang transaksi melebihi dari RM1000 perlu dilakukan dimana-mana cawangan ASB terdekat. Kerana had maksimum transaksi online hanya dibenarkan sebanyak RM1000 sahaja.

WAKTU OPERASI

Waktu urus niaga sedia ada MyASB adalah seperti berikut ;

  • Unit Amanah Harga Tetap : Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang)
  • Unit Amanah Harga Berubah : Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ada pertanyaan mengenai pengeluaran ASB Online, anda boleh menghubungi ke Hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di bawah ;

  • Talian : 03-7730 8899
  • Emel : asnbcare@pbn.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button