Bantuan KerajaanBKM

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 Oleh Waris

Selain menerima bayaran Bantuan Keluarga Malaysia, Kerajaan menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima BKM 2022

Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban ahli keluarga atas kematian ketua keluarga atau waris yang tersayang

Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada waris penerima bagi tahun semasa sekiranya penerima tersebut meninggal dunia pada tahun tersebut

APA ITU SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Pihak kerajaan akan menyediakan Skim Khairat Kematian di bawah Bantuan Keluarga Malaysia sekiranya berlaku kematian kepada penerima BKM pada tahun 2022

Waris boleh menuntut sekiranya layak dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.

MENGENAI SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BKM 2022

RM1,000 akan diberikan sekiranya penerima BKM meninggal dunia (bagi setiap individu yang layak)

Tempoh meninggal dunia adalah sepanjang tahun 2022 iaitu bermula dari 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Waris boleh membuat tuntutan di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia

KELAYAKAN SKIM

Permohonan yang lulus BKM 2022 bagi kategori ;

  • Sudah Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Tempoh meniggal dunia : 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Wakil yang didaftarkan layak menuntut kepada SKK sekiranya pemohon atau pasangan (permohonan status kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

Pasangan yang bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk memohon SKK.

CARA TUNTUTAN & DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

Tuntutan boleh dibuat di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Baca Juga :  BKM Fasa 4 : Semakan Status Kelayakan & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Waris perlu membawa dokumen ketika membuat tuntutan sekiranya layak ;

  1. Kad pengenalan asal wakil yang ingin membuat tuntutan
  2. Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (Individu layak SKK) dan wakil.

WARIS YANG LAYAK MEMBUAT TUNTUTAN

Waris boleh membuat tuntutan SKK ini sekiranya berlaku kematian penerima BKM bermula dari 01 Januari 2022 – 31 Disember 2022.

  • Pasangan
  • Ibu dan Bapa
  • Anak
  • Adik Beradik
  • Cucu

INFO LANJUT DAN PERTANYAAN

Layari laman portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my/ dan seterusnya klik pada Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 untuk info lanjut.

Sekiranya ada pertanyaan anda boleh hubungi ;

  • HOTLINE BKM LHDNM : 1-800-88-2747
  • HOTLINE BKM MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : bkm@treasury.gov.my
  • Alamat : Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Semoga bantuan ini dapat mengurangkan beban waris yang diakibatkan kematian keluarga yang tersayang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button