Tebus Wang Anda Yang Tidak Di Tuntut Melalui e-GUMIS

Pelbagai jenis bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dalam membantu dan memelihara kehidupan bagi golongan yang terjejas pendapatannya mahupun untuk sektor-sektor perniagaan. Ini menunjukkan yang kerajaan sentiasa komited dalam memelihara kesejahteraan rakyat Malaysia.

Namun, adakah anda tahu mengenai satu portal iaitu eGUMIS? Sekiranya anda diantara individu yang belum menuntut wang anda sendiri, anda boleh membuat semakan dan layak untuk menuntut. Sudah tentu anda tertanya-tanya, apa yang pihak kami cuba ingin sampaikan. Ok, kali ini pihak kami akan berkongsi kepada anda mengenainya berserta cara untuk membuat permohonan dan membuat semakan secara online.

Ikuti perkongsian dibawah.

E-GUMIS

e-Gumis merupakan portal rasmi untuk membuat semakan berkenaan dengan Wang Tak Dituntut (WTD). Portal ini telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan atas talian.

Untuk makluman, Wang Tak Dituntut (WTD) merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya di mana wang ini tidak pernah dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut telah diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

CARA DAFTAR EGUMIS

Sekiranya anda ingin menuntut wang anda, anda perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan cara :Anda mungkin berminat membaca..

  1. Sila ke portal rasmi eGUMIS : https://egumis.anm.gov.my/
  2. Pengguna perlu membuat pendaftaran secara online
  3. Klik ‘Pendaftaran
  4. Di bahagian Pendaftaran Pengguna, masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • Jenis Pengenalan
    • No Pengenalan
    • E-mel
    • Nama Pengguna
    • Kata Laluan
    • Ulang Kata Laluan
  5. Klik kota ‘SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN
  6. Klik ‘Saya Bukan Robot
  7. Akan terpapa Captchayang meminta anda memilih kotak seperti diminta
  8. Daftar
  9. Klik YA pada ‘Adakah Anda Pasti Untuk Meneruskan Pendaftaran?
  10. Tanda pendaftaran anda berjaya apabila ‘Rekod Berjaya Disimpan

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WANG

Setelah anda membuat pendaftaran eGUMIS, kini anda boleh membuat tuntutan wang. Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat tuntutan :

  1. Sila ke portal rasmi eGUMIS sekali lagi : https://egumis.anm.gov.my/
  2. Klik ‘Log Masuk‘ 
  3. Masukkan ‘Nama Pengguna‘ dan ‘Kata Laluan‘ 
  4. Klik ‘Log Masuk
  5. Pengguna perlu mengemaskini maklumat yang diminta
  6. Klik ‘Simpan
  7. Klik ‘Carian Wang Tak Dituntut
  8. Masukkan MyKad pada ruangan yang diminta
  9. Klik ‘Cari
  10. Klik pada kota hasil carian tersebut
  11. Klik ‘Teruskan Dengan Permohonan
  12. Klik ‘Tambah Penerima‘ pada bawah skrin di sebelah kanan
  13. Klik kotak sekiranya maklumat diri sama dengan maklumat pemohon
  14. Tapi, pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat diri tidak sama dengan maklumat penerima
  15. Klik ‘Simpan
  16. Klik ‘Amaun Tuntutan
  17. Klik pada kota sebelah jumlah amaun tuntutan tersebut
  18. Klik kotak ‘Pengakuan Bersetuju dan Pengakuan Bersetuju dengan Syarat dan Terma
  19. Klik ‘Hantar
  20. Klik Ya pada Pengesahan Pendaftaran Pengguna.
  21. Klik Cetak.
  22. Selepas itu, skrin borang maklumbalas dipaparkan.
  23. Sekiranya ada pertanyaan, anda bolehlah mengisi  Nama, Subjek, E-mel dan Mesej pada ruangan yang disediakan.
  24. Kemudian , klik pada kotak Saya Bukan Robot.
  25. Kilk Hantar.
  26. Anda boleh klik Batal sekiranya tiada sebarang pertanyaan
Baca Juga :  Permohonan Rumah PPR Serendah RM160 & RM250 Sebulan - Mohon Sekarang!

DOKUMEN SOKONGAN EGUMIS

Beberapa dokumen sokongan yang diperlu dikemukakan bagi anda yang ingin membuat tuntuan eGUMIS. Antaranya adalah :

  • Borang UMA-7 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
  • Salinan MyKad atau pasport bagi bukan Warganegara
  • Dokumen asal dibawa seperti buku bank, sijil simpanan tetap dan lain-lain
  • Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank kerana bayaran wang tuntutan akan dikreditkan terus ke dalam akaun (pengesahan daripada pihak  bank perlu)
  • Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD di link berikut 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung terus ke :Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-8000 8600
Faks : 03-8000 8611

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *