BKM FASA 3 : Kategori Yang Akan Menerima Bayaran RM900 Fasa Ketiga

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya untuk yang berpendapatan rendah (B40). Untuk makluman, bayaran BKM telahpun melalui dua fasa.

Namun, bagaimana pula mengenai bayaran BKM fasa ketiga? Untuk makluman anda semua, seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ketiga akan dilaksanakan pada bulan September ini.

Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kesemua kategori. Apa yang menarik, terdapat kategori yang akan menerima bayaran sehingga RM 900 di fasa ketiga ini.

Ikuti perkongsian dibawah.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
  1. Tiada Anak – RM 200
  2. 1-2 Anak – RM 300
  3. 3-4 Anak – RM 400
  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
  1. Tiada Anak – RM 100
  2. 1-2 Anak – RM 100
  3. 3-4 Anak – RM 100

2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
  1. Tiada Anak – RM 500
  2. 1-2 Anak – RM 600
  3. 3-4 Anak – RM 700
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
  1. Tiada Anak – RM 400
  2. 1-2 Anak – RM 400
  3. 3-4 Anak – RM 400

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
  1. 1-2 Anak – RM 600
  2. 3-4 Anak – RM 600
Baca Juga :  Bantuan Kewangan BMT Berjumlah RM800 Tahun 2023

4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
  1. RM 150

5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
  1. RM 150

Kategori Menerima Bayaran RM 900

Berikut adalah kategori yang akan menerima bayaran RM 900 pada BKM Fasa 3 nanti :

Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
  1. 1-2 Anak – RM 800
  2. 3-4 Anak – RM900

MAKLUMAT TAMBAHAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri ada memaklumkan ketika beliau menyentuh isu berkenaan kenaikan harga barang ketika ini. Beliau memberitahu dalam sidang media dimana, kadar bayaran BKM akan ditambah jumlahnya sekiranya kadar kenaikan harga barang kian meningkat.

TARIKH BAYARAN

Buat masa ini, tiada makluman rasmi lagi bilakah tarikh bayaran fasa ketiga ini. Apa yang pasti seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, ianya akan dilaksanakan pada September nanti.

Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh, pihak kami jangkakan ianya akan dibuat pada penghujung September ini sama seperti bayaran fasa pertama dan fasa kedua. 

SEMAKAN BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *