4 Kategori Yang Dibenarkan Membuat Pengeluaran Wang KWSP

Para pencarum sangat menuntut permohonon pengeluaran khas KWSP edisi kedua atau 2.0 sehingga pelbagai cara telah dibuat agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut.
Sebanyak 100 ribu orang yang telah mengisi pengisi patisyen tersebut untuk menandakan jumlah rakyat yang menyokong pengeluaran khas tersebut
Walau bagaimanapun, belum ada khabar berita yang mengatakan bahawa pihak KWSP akan meluluskan pengeluaran khas untuk edisi kedua ini.
SKIM PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP
Beberapa skim pengeluaran yang dibenarkan telah disediakan oleh pihak KWSP tetapi mengikut syarat dan kelayakan pencarum sahaja. Hal in bermaksud, pengeluaran tersebut tidaklah terbuka sebagaimana pengeluaran khas.
Sekiranya anda menginginkan wang KWSP anda khususnya pada akaun kedua, anda boleh mendapatkannya sekiranya anda menepati syarat dan dan kelayakan anda.
KATEGORI YANG DIBENARKAN MEMBUAT PENGELUARAN
Pihak KWSP telah membahagikan kepada beberapa kategori untuk membuat pengeluaran khas KWSP secara bersyarat, ini adalah 4 kategori umum yang perlu diketahui.
1) PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH
Sekiranya anda berminat untuk membeli sebuah rumah, pihak KWSP akan membantu dengan memberi kemudahan kepada pencarum untuk memiliki rumah pertama anda melalui.
- Pembelian Rumah Lelong
- Rumah Subsale
- Pembelian Rumah Mesra Rakyat
- Pembelian Rumah Sendiri
2) PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Sekiranya anak jagaan anda masih menyambung pengajian di universiti atau kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang akaun kedua KWSP sekiranya (jika ada) PTPTN tidak mecukupi dan lain-lain.
3) PEMBAYARAN IBADAH HAJI
Sesiapa yang ingin melakukan ibadah haji, anda boleh mengeluarkan wang simpanan pada akaun kedua untuk mengurangkan bebanan kos. Anda boleh mengeluarkan wang tersebut melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
4) PEMBAYARAN KOS RAWATAN PERUBATAN
Sekiranya anda menghidapi penyakit kritikal , anda turut boleh mengeluarkan wang simpanan akaun kedua bertujuan untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.