Mohon Bantuan JKM RM100 – RM350 Sebulan Untuk B40

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM adalah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Pelbagai jenis bantuan diperkenalkan tahun ini untuk membantu orang yang memerlukan, terutamanya golongan B40 dan golongan terjejas.
Untuk makluman, bantuan ini terdapat melalui di peringkat negeri mahupun persekutuan. Salah satu inisiatif yang masih disediakan pada tahun ini yang membolehkan anda untuk mendapatkannya adalah Bantuan Am Persekutuan. Insentif ini dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
JUMLAH BAYARAN
Setiap permohonan yang layak bagi Bantuan Am Persekutuan ini, mereka akan terima bayaran pada kadar :
- Minimum RM100 sehingga RM350 sekeluarga
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
PANDUAN PERMOHONAN
Sekiranya anda menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan bantuan JKM ini boleh dibuat dengan cara kemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan atau Bahagian berhampiran kediaman anda.
Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting semasa permohonan seperti dibawah:
- Sediakan salinan kad pengenalan pemohon (depan belakang)
- Sediakan salinan kad pengenalan suami/ isteri/ bapa/ ibu atau anak yang tinggal serumah
- Sekiranya ada penyata gaji, anda perlu sediakan
- Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Sediakan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, boleh rujuk DI SINI