Cara Memohon RM10,000 Di Bawah Program PUTRA Yang Ramai Terlepas Pandang

Secara umumnya, bantuan kewangan adalah sangat penting bagi sesetengah orang atau keluarga. Kerana bantuan kewangan dapat mengurangkan beban mereka.
Kerajaan atau yayasan sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai pakej bantuan kewangan. Ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan ada pakej bantuan yang sudah lama ada tetapi masih diteruskan.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan ialah pembiayaan PUTRA yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut merupakan maklumat terperinci mengenai program bantuan PUTRA yang perlu anda ketahui sekiranya layak.
KADAR BANTUAN
Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA) yang menyediakan skop pembiayaan untuk modal pusingan dan mesin / peralatan dengan hak maksimum RM10,000.
Tempoh pembiayaan untuk program ini adalah 1-3 tahun atau 12-36 bulan bagi setiap permohonan yang diluluskan. Pembiayaan ini juga tidak memerlukan jaminan atau cagaran dan pemohon hanya perlu memberikan jaminan (rujukan) di kalangan ahli keluarga.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Waganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (Kecuali Perniagaan Online)
- Mempunyai Lesen / Permit / Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan Perniagaan Sepenuh Masa
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
Syarat-syarat khusus ;
- Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga bulan dengan perkembangan yang baik
- Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
- Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), senarai IPMa di sini – IPMa (Klik Sini)
- Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA
CARA MEMOHON
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Pembiayaan MARA – MARA (Klik Sini)
Untuk menyemak senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan boleh lihat di sini – Dokumen MARA (Klik Sini).
Manakala, maklumat lengkap mengenai program pembiayaan ini pula boleh dirujuk – Maklumat MARA (Klik Sini).