Permohonan Rumah PPR Serendah RM160 & RM250 Sebulan – Mohon Sekarang!

Dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas khususnya, Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu bagi meringankan beban yang terpaksa di tanggung.

Apa yang kita dapat lihat ketika ini, rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan agak sukar untuk memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah begitu tinggi.

Menyedari dengan keadaan itu, kerajaan telah mengambil langkah agar golongan ini dapat memiliki rumah sendiri dengan kadar bayaran yang rendah. 

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk penempatan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah seperti B40. 

Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan, terdapat dua skim PPR yang boleh dimohon iaitu :

  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki

KADAR SEWA PPR

Kadar sewa bulanan bagi rumah PPR ini adalah bermula daripada :

  • RM 160 sehingga RM 250

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Ciri-ciri rumah PPR adalah :

  • Kawasan bandar-bandar besar
    – Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar
    – Jenis rumah teres
  • Keluasan 
    – Tidak kurang daripada 700 kps
  • Binaan
    – 3 bilik tidur
    – 1 ruang tamu
    – 1 ruang dapur
    – 2 bilik air
  • Kemudahan asas
    – Dewan komuniti / ruang orang ramai
    – Surau / ruang solat
    – Gerai makan / ruang niaga
    – Tadika
    – Kemudahan OKU
    – Taman permainan / kawasan lapang
    – Rumah sampah

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan 
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Baca Juga :  BKM FASA 3 : Kategori Yang Akan Menerima Bayaran RM900 Fasa Ketiga

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan berserta gambar sebagai rujukan bagi memudahkan permohonan :

  1. Sila ke portal rasmi iaitu : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  2. Isikan maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, E-mel) dan klik Daftar
  3. Anda akan menerima satu emel untuk anda membuat pengesahan. Buka emel dan buat pengesahan akaun
  4. Kemudian log masuk semula ke web rasmi SPNB seperti biasa
  5. Pilih skim mengikut kelayakan anda
  6. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
  7. Pilih projek (PPR)
  8. Muat naik dokumen yang diminta
  9. Setelah lengkap permohonan, bolehlah anda mengemaskini permohonan anda dengan klik ‘Kemaskini Permohonan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk lebih lanjut, anda boleh melayari web rasmi iaitu :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *