BKM Fasa 4 : Semakan Status Kelayakan & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Bermula hari ini, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Jika mengikut pada jadual yang ditetapkan sebelum ini, bayaran BKM Fasa 4 ini akan dilaksanakan pada Disember nanti. Namun ianya diawalkan sebagai persediaan penerima yang terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut.
Untuk kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda mengenai semakan dan jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap penerima yang layak.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Pelaksanaan BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah dijadualkan sebelum ini, bayaran BKM Fasa 4 ini akan dilaksanakan pada Disember depan. Namun, ianya akan diawalkan bertujuan bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.
Tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 4 adalah :
- 15 NOVEMBER 2022
JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4
Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
SEMAKAN BKM FASA 4
Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
- https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik semakan Status
- Paparan kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran