Bantuan KerajaanBKM

Semakan & Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Kita sedia maklum bahawa, bayaran fasa 2 bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dilaksanakan pada bulan ini iaitu Jun sepertimana yang telah di maklumkan. Namun, tiada tarikh rasmi bilakah ianya akan diberikan.

Bermula 1 Januari sehingga 31 Januari lalu, rakyat Malaysia diminta agar membuat permohonan baru / kemaskini maklumat sekiranya anda belum berdaftar melalui bantuan seperti BSH dan BPR sebelum ini. Ianya bertujuan supaya anda yang layak tidak tercicir bagi menerima bayaran BKM kali ini. 

Nota : Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 sebelum ini, tidak perlu lagi untuk membuat permohonan akan tetapi, sekiranya terdapat perubahan mengenai maklumat, anda diminta untuk membuat kemaskini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ pada Oktober lalu menerusi Pembentangan Belanjawan 2022.

SEMAKAN BKM

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran kedua akan mula dilaksanakan pada :

  • JUN 2022
Baca Juga :  BAP 2023 : Murid-murid Sekolah Akan Terima Bantuan RM150 Seorang Awal Tahun 2023

Nota : Tarikh rasmi bayaran BKM belum di umumkan lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami JANGKAKAN bayaran fasa 2 akan dilaksanakan pada penghujung Jun ini.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

1.     Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

2.  Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3.   Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. 

Bayaran BKM

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)* : RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350
Bayaran bkm fasa 2

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
bayaran BKM
bayaran BKM fasa 2

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Baca Juga :  Mohon Bantuan JKM RM100 - RM350 Sebulan Untuk B40

Berjaya Kredit : 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM fasa 2

Sumber : myportalkini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button