PSU 5.0 : Bantuan RM600 Sebulan Untuk Setiap Pekerja

Ketika ini, negara kita tidak terkecuali dalam menghadapi pandemik Covid-19. Ianya sudah tentu akan menjejaskan ekonomi kita sehinggakan mungkin ramai yang kehilangan pekerjaan begitu juga dengan perusahaan terpaksa ditutup.
Namun, kerajaan sedia ada memahami apa yang terpaksa dilalui oleh golongan ini. Pelbagai bantuan yang telah diberikan dan dilaksanakan agar mereka dapat meneruskan perusahaan. Bantuan seperti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang terpaksa mereka tanggung.
Oleh itu, pada kali ini kami ingin kongsikan mengenai satu bantuan khususnya majikan dan pekerja yang terjejas pendapatan mereka yang boleh dimohon.
Ikuti perkongsian dibawah.
PSU 5.0
Program Subsidi Upah (PSU) adalah inisiatif kerajaan berbentuk bantuan tunai dalam membantu majikan dan pekerja dalam sebuah perusahaan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 yang melanda negara ketika ini.
Untuk pengetahuan semua, bantuan PSU ini telahpun dilaksanakan pada March 2020 lalu lagi dan bantuan ini telahpun melalui 4 fasa, PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 dan PSU 4.0.
Terbaru, PSU 5.0 telah dilanjutkan dan permohonan untuk bantuan ini telah boleh dilakukan. Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, PSU 5.0 ini hanya tertumpu kepada sektor pelancongan sahaja.
TEMPOH PERMOHONAN
Mana-mana majikan yang ingin membuat permohonan PSU 5.0 ini, tempoh permohonnya telahpun di BUKA bermula :
- 1 Januari – 31 Mac 2022
KADAR BANTUAN
Bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 26,000 majikan dan 330,000 pekerja. Mereka yang berkelayakan akan mendapat bantuan sebanyak :
- RM600 setiap pekerja – selama 3 bulan
SYARAT KELAYAKAN
Majikan yang ingin membuat permohonan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pengusaha Sektor Pelancongan yang mengalami 30% penurunan hasil
- Tiada had gaji pekerja untuk program ini dan terhad untuk pekerja seramai 500 orang setiap pekerja
- Majikan memasukkan maklumat subsidi upah dalam slip gaji pekerja.
DOKUMEN PERMOHONAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan dalam permohonan PSU 5.0 :
- Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank bagi memastikan No BRN dan No Akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
- Akuan Pengisytiharan PSU 5.0
PANDUAN PERMOHONAN 5.0
Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 atau PSU 4.0) sebelum ini atau tidak. Sebarang permohonan boleh dibuat secara online melalui web rasmi iaitu :
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai SIP Subsidi Upah Bersasar ini, anda boleh rujuk ke :