BKM 2022 : Tarikh Dan Jadual Bayaran BKM

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas serta bujang.
Namun, adakah anda telah membuat permohonan ataupun membuat kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan? Untuk makluman, tempoh untuk permohonan baru dan kemaskini maklumat telah pun di BUKA bermula 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Januari 2022 ini.
Baru-baru ini, makluman mengenai tarikh bayaran BKM telah pun diumumkan dan bayaran bagi bantuan ini akan melalui 4 Fasa bayaran. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan info ringkas mengenai jadual bayaran dan tarikh bayaran BKM 2022.
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYARAN BKM 2022
Jika bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dilakukan melalui 3 fasa, ianya berbeza dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dimana ianya akan dilaksanakan :
- MELALUI 4 FASA BAYARAN
Berikut adalah jadual penuh bayaran BKM 2022 :
FASA 1 (Mac 2022) | FASA 2 (Jun 2022) | FASA 3 (September 2022) | FASA 4 (Disember 2022) |
Isi Rumah Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Bujang | Isi Rumah Warga Emas / Tiada Pasangan | Isi Rumah Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Bujang | Isi Rumah Warga Emas / Tiada Pasangan |
PENERIMA GKP YANG GAGAL
Seperti yang dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 November lalu, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan / gagal permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan. Ianya bertujuan agar tiada golongan yang akan tercicir bagi menerima bantuan ini.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR / BKC sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/